Friday, 10 June 2011

Populariti

Assalamulaikum ! ada orang tak ? ok . ada2 .. masuk lerr kalo ta malu .. kui2 . :)

Waa , da lama yer budak mucuk ni ta update belog . Ish3 ,tape2 .. hari ini budak mucuk ni da rajin nak post entry . Nie sebab ade kes la nie .. adoy .. Pandai plap budak-budak len menjawab .. tape2 .. Untuk pengetahuan korang , entry ni ta ditujukan kepada sesapa oke .. hanyalah apa yang aku tengok dalam kehidupan seharian yang aku lalui dan tengah bikin panas ..


First of all , apa yang aku nampak pasal POPULARITI ni ,makin lama usia aku dalam Facebook tu , makin ramai jep yang macam 'Gila Popular' .. ada yang nak jadi popular , ada yang BAJET popular , ada yang da popular tapi , rendah diri lap orangnya ..  yang last tu , aku suka la . tapi yang paling aku ta suka a.k.a meluat , yang BAJET popular .. suka sangat SHOW OFF barang2 diorang yang ta de la high sangat , tapi camtu la .. nak kutuk kan , ramai plak yang baca entry ni . Famous aku .. HAHA  Pergh , ta bley blah .. -,-'

Tapi kan , apa yang aku perasan selama ni (ta taw la kot2 korang perasan juga) , ada la sebuah sekolah ni , aku pun ta taw kenapa , MACAM FAMOUS jek budak-budak dia . nak kate muka hot-hot , jambu-jambu , ad ramai .. tapi tak la semua .. Tapi tu la , sebab segelintir budak-budak tu , jadi 'special' je sekolah tu TERUTAMANYA bagi kaum hawa . ghuk3 ! *batuk berdarah .. Jadi , kalau korang nak tahu sekolah tu sekolah mana , kita jumpa lagi di waktu dan hari yang sama , dalam rancangan ? ... (semua bangun) LU PIKIR LA SENDIRI .. yeah .. :D




Hehe , jadi , sudah selesai tugas aku untuk 'hias' dinding belog ni , jadi ape2pun , motifnya eden wat entry ni , supaya nak bagitaw kat korang yang na kejar or bikin popular pada masa budak-budak ni , simpan je la hajat tu ., cuba capai pada esok hari .. jangan sebab mahukan popular dan dikenali orang ramai je , harapan ibu bapa kita pada kita musnah .. kalau kita popular macam mana pun , tapi popular sebab perangai kita yang ta elok ni , buat apa kan ? *ching ! :D .. at least , POPULAR la dengan kejayaan yang kita buat dengan titik peluh kita , apa yang kita usahakan such as result exam kita yang GEMPAK ke , kita naik Gunung Everest ke , dan sewaktu dengannya .. jangan la plap POPULAR dengan 'KOSMETIK' kita je .. yeala .. budak-budak sekarang kan chubby2 , cantik2 , hot2 gitu .. :P

Jadi , korang ada mulut , korang jage , korang ada telinga korang dengar , korang ada otak ? , korang pikir la sendiri .. *credit to Ahmad Nabil Ahmad :D

Assalamualaikum dan selamat sejahtera .. :D

:3 + :P = :)

Friday, 27 May 2011

Jam Cuti Blogger Berjaya Tanah Runtuh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua . :)

Hari ni , aku tak tahu kenapa aku rasa rajin je nak update blog . MUNGKIN , sebab cuti yang diberi selama dua minggu , maksud aku 2 MINGGU ! . Huwark , aku tak tahu nak buat apa untuk habiskan masa selama dua minggu ! .. Untuk hari pertama cuti ni , sangat - sangat teruk ., korang tahu ? , malam jumaat hari tu , aku tidoq lewat .. then esok nya bangun la lewat jugak .. *alaa , rilek la.. cuti ni ! * ..  Rilek , rilek jugak .. tapi kalau dah bangun pukul 1 tengah hari nak rilek lagi ka ?.. Bangun-bangun , rasa sakit-sakit badan , kepala tak yah cakap - pening tahap gaban ! .. tapi terpaksa la bangunkan diri sebab kalut nak siap-siap pegi solat Jumaat

On the way nak pergi sembahyang pun masih ngantuk lagi .. aku pun tak tahu kenapa jadi gitu .. haha .. tapi Alhamdulillah.. sembahyang Jumaat berlangsung dengan aman .. Balik-balik , lapar ! adoyai .. Pandai-pandai la masak sendiri .. MALAIH punya pasal , makan maggi la aku ... -,-' .. Seharian berlalu dengan penat + ngantuk + berat tulang . kena belajaq halang benda tu daripada jadi balik .. chaiyok ! Haha .. harap - harap hari - hari lain akan belalu dengan lebih baik . :)

Untuk menjadikan hari-hari cuti ni berlangsung dengan baik + happy , aku dah plan beberapa 'event' untuk dilakukan . First , yang terdekat , hari rabu ni bersamaan 1 July 2011 , secara rasminya aku akan pegi ke sekolah untuk latihan puisi dan lagu untuk prepare diri & menjalani latihan bersama kumpulan . Tapi , aku sebagai bekas budak nakal tahun 2010 , dah plan ngan beberapa orang kawan aku untuk meluangkan masa kat Gegey Studio untuk jamming session n release tension .. And harap akan banyak lagi masa untuk aku bersuka-suka dalam cuti nie selain daripada mengadap komputer seharian *haha .. Harap semua berjalan dengan lancar . :)


And last , untuk menjadi seorang Blogger yang berjaya , takkan ku lupa untuk cuba menyiapkan Holiday Assignment yang semuanya comel-comel dan chubby-chubby semuanye .. -,-' .. n aku juga sedang dalam proses untuk lebih rajin untuk update blog nie .. *ada peningkatan kan ? *ching ! :) .. Haha

Jadi , sampai disini la kisah aku untuk hari ini .. InsyaAllah esok hari aku update & share lagi kisah-kisah aku - 'Life as a Boy' .. Haha .. Sebelum tu , aku amik kesempatan ni utk ucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat pada 21 Mei 2011 .. diharap bersabar dan menerima ketentuan ilahi serta mengharungi dugaannya dengan tabah .. Al-fatihah kepada mangsa - mangsa kejadian .. semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman . InsyaAllah .. Jadi mungkin untuk korang nak tengok lebih detail , mungkin link Tanah Runtuh Hulu Langat ni dapat memberikan lebih maklumat pada korang

Aku minta maaf sekiranya ada terkasar @ tersilap bahasa , atau melukakan hati sesiapa kerana aku hanya insan biasa yang tidak dapat lari daripada membuat silap .. Jadi , aku minta diri dulu . Bye2 ! lain masa free , aku update lagi :)


Assalamualaikum ! :)

Wednesday, 25 May 2011

tu la .. nak main sangat !

Assalamualaikum w.b.t !

Woa ! haha .. apa khabar semua ? .. first of all, selamat sejahtera che ucapkan kepada semua bloggers yang follow che punya blog ., thanks ! :D

Haddoi , cuba hampa semua tengok tajuk entry ni .. mesti hampa syak benda-benda pelik kan ? haha .. sebenarnya , takda pape pun .. ni pasal aku jek .. 'TU LA .. NAK MAIN SANGAT !'  .. tajuk yang cam damn tapi aku jugak yang buat .. lol .. jadi , aku just nak mintak maaf sebab dah lama tinggal blog sampai jadi banyak sesawang labah-labah da.. Actually *amboi cakap mat saleh* , aku BUSY jek selama ni .. kalau nak online facebook , youtube tu kira ok lagi sempat masa sebab kejap je .. tapi kalau nak tulis karangan BM dalam blog ni , agak susah la .. so , sekali lagi , che mintak maaf ! *harap maaf diterima .. :)

Ok , selama aku tak update blog ni .. TERLALU BANYAK perkara yang jadi dalam hidup aku .. yang latest , MID-YEAR punya exam ! woah ! aku tak tahu nak kata apa tentang exam kali ni .. aku just jawab je ape yang patut .. buat masa sekarang , yang aku target nye bukan A+ atau A- , tapi aku just tak nak ada paper yang aku FAIL a.k.a GAGAL .. itu dah cukup baik untuk aku .. Resultnye , insyaAllah aku akan update kat sini .. -,-'

Selain itu *cam karangan BM je* , seperti yang hampa semua tahu , baru-baru ni aku ada la menyertai pertandingan puisi dan lagu bagi mewakili sekolah untuk bertanding di peringkat PPD Kota Bharu yang telah berlangsung di SMK Kota . Alhamdulillah , SMK Ismail Petra telah berjaya menjadi johan dan memenangi anugerah Puisi Terbaik seterusnya dipilih untuk mewakili PPD Kota Bharu untuk bertanding dalam peringkat negeri . Pertandingan untuk peringkat negeri ini pula berlangsung di SMK Pangkal Meleret, Machang .Terdapat dalam 10 buah kumpulan la yang bertanding hari tu .. Alhamdulillah juga , setelah sekian lama kita orang practise , berkat doa dan usaha kita semua juga , kita sekali lagi telah berjaya menjadi Johan dan memenangi beberapa anugerah dalam kategori yang lain seperti Pendeklamator Terbaik & Muzik Terbaik. Dengan rasa hormat dan berbesar hatinya , kami akan mewakili negeri Kelantan untuk ke Sibu,Sarawak bagi Pertandingan Puisi & Lagu Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 14/06/2011.Doakan keselamatan dan kejayaan kami.. maksud aku , kejayaan kita bersama .. InsyaAllah ! :)

Jadi , itu je kot buat masa sekarang *malaih nak recall ! haha .. sekali lagi aku nak minta maaf atas semua silap salah yang buat korang tak selesa samada aku perasan atau tak sengaja .. sorry jugak sebab busy sampai tak hingatt nak urus blog ni .. doakan aku supaya aku dapat balancekan semua .. haha ..Once again , sorry .. *saja nak tulih , bukan style pon .. :)


*comel ta ? :D .. aku edit sendiri taw ! hehe i love you forever !

Assalamualaikum & selamat sejahtera , see ya !

RIFHAN HARIZ

Wednesday, 6 April 2011

Bio - RC , Choral Speaker !

Assalamualaikum , dan selamat sejahtera kepada semua !

First of all , hamba ingin memohon maaf kerana sudah lama tidak menjalankan tugas sebagai blogger untuk terus update belog ni .. Sejujurnya , hamba tidak sempat untuk update belog ini bukan kerana malas ataupun suka-suka tak nak update .. tapi , seminggu dua ni , memang sukar untuk hamba meluangkan masa bersama desktop pc ni .. *tak main la laptop2 nie ! haha ! .. Jadi , harap hampa faham-faham la orait ?! thanks kerana memahami ! :D

Jadi , setelah seminggu aku meninggalkan blog ni , kini aku akan bersama kembali bersamanya untuk cuti hujung minggu ! haha ( insyaAllah ) . Seminggu juga aku pegi sekolah .. Minggu nie , banyak peristiwa penting yang berlaku & akan berlaku di masa depan .. Ada yang menggembirakan , tapi ada jugak yang menyedihkan .. 'Siapa nak tahu , angkat tangan macam saya .. ( gaya usop wilcha ) ' .. haha .. bagus ! ramai nya yang berbakat tuk join jadi penari kebudayaan cam Usop .. haha .. Kalo nak tahu , baca terus yea ! ;)

- Cuba teka pasai pa che tulis 'Bio - RC' kat ataih tu ? .. Pasai ,, pasai che nak tulis camtu la .. ikut che la nak tulis apa pun kan ? haha .. gura ja .. Sebenarnya , semasa minggu orientasi Form 4 aritu , budak-budak ni kena la amik / pilih / terpaksa / sukarela untuk memilih antara mata pelajaran Biologi , Reka Cipta ( RC ) , IT & Prinsip Akaun ( PA ) sebagai mata pelajaran elektif .. semua wajib pilih salah satu .. Jadi , che pilih la Biologi sebab che nak cuba belajar benda baru .. Yala , masa zaman PMR dulu , duk main Geografi , Kemahiran Hidup ja .. tak pandai sangat .. huhu .. Tapi , tahun 2011 ni , agak 'superb' la sebab tahun ni ramai budak yang pilih Biologi .. Jadi , disebabkan terlalu ramai , PKP sekolah kitorang buat keputusan untuk menyingkirkan pelajar-pelajar yang FAIL dalam paper Biologi pada exam awal tahun dan ditukarkan jurusan untuk ke yang lain-lain tu .. Akibat daripada kelembapan otak che nie , che telah tergolong dalam 9 orang pelajar yang akan dikeluarkan .. DAN ! , che telah di'drafted' ke kelas jurusan REKA CIPTA bersama beberapa rakan seperjuangan .. Rasa tak puas hati dengan tindakan guru , semestinya dapat dirasa , tetapi , mungkin apa yang dilakukannya itu , adalah untuk kebaikan che jugak .. Redha lah dengan ketentuan ilahi .. :) .. So, insyaAllah che akan pi masuk kelas RC tu hari ahad ni , jadi banyak la che nak kena cover balik RC ni .. dengar khabar , diorang dah sampai Bab 3 .. hua3 .. mampoih la hang Laing .. haha .. takpa2 .. usaha tangga kejayaan .. btoi ta semua ??! :) ..

p/s : Kepada kengkawan yang masih kekal dalam kelas Bio tu , teruskan perjuangan hampa semua .. jangan putuih asa noo .. Otak aku bukan level korang .. korang terbaik .. gonna miss u guys especially 4AR *chaitt -,-' WISH ME LUCK ! :)



- Choral Speaking ? korang tahu tak apa benda tu ? .. CS ni bukannya 'Counter Strike' .. CS yang ni , adalah sejenis kuih tradisional yang terkenal di pedalaman United States yang dikukus dengan air sungai dan boleh dimakan bersama budu atau sambal belacan .. Pi la cari kalau ada .. hek2 .. *sorry .. aku suka mengarot .. :P .. haha .. Kalau maksud Choral Speaking pun korang tak tahu , tak tahu la apa aku nak kata .. mungkin korang dua pupu kepada Alien vs Predator kot .. hu2 .. Yeap ! yang kena gedik-gedik , kena banyak bergerak dan kena guna suara perut ! haha .. tapi aku suka ! .. tahun nie , aku pun tak tahu kenapa , aku memang aktif join benda-benda camni .. aritu aku masuk syair , cam unta .. haha .. tak perlu diungkitkan .. malu ! ish3 .. skang plak Choral Speaking .. setakat ni , simply the best dah !  .. agak power la arrangement diorang ni .. salute ! :D .. tapi kebelakangan ni , kami semua agak penat sebab kena kuat training .. sebab tak lama lagi kitorang kena present kat depan dewan .. kiranya , first show la untuk tahun nieh ! cehh ! hahaha .. perasan giler .. papepun , wish us luck ok ! :D

Jadi , mungkin tu je kot buat hari ni ,.. hehe .. nanti law ada jodoh , aku update lagi ! hehe

Atok , nenek , cucu tumpang lalu ye ..
Assalamualaikum ! :)

RIFHAN HARIZ

Friday, 25 March 2011

Sakit ...

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera !

Sepertimana yang aku cakap dalam entry yang lepas , memang terbukti belog ni dah jadi penuh ngan sawang labah-labah . Nie la yang jadi bila tak sempat and tak pandai nak uruskan belog .. urggh .. "SAKIT !" - tu la tajuk bagi entry yang latest nie -,-

Orang cakap , sakit ni penghapus dosa-dosa kecik , btoi ka ? .. ada orang lain cakap , sakit ni ubat .. btoi ka ? .. Tapi , bukan sakit tu yang aku nak crita kat sini .. Sebenarnya , minggu nie banyak peristiwa-peristiwa yang boleh dianggap 'sakit' bagi aku .. kalau korang nak taw lebih lanjut , scroll la mouse korang kat bawah ckit .. hehe . .tapi kalau ta nak taw , boleh la tekan button close kat atas tu .. :|

Korang tak tekan ? Bagus ! Jom ikut sini :)

-Bermulanya hari Ahad & Isnin baru-baru ni , aku dapat tahu tentang beberapa markah bagi kertas exam yang dah aku tempuhi .. Markah papers aku cam ape la .. teruk tahap JB *tiba2 :D .. Add Math aku dapat G korang taw ? tak taw ? .. tu aku dah bagitau .. haha .. tapi serius , aku sepatutnya lakukan sesuatu untuk pastikan yang semua ni takkan berlaku lagi dan aku kena buktikan dalam exam pertengahan tahun pulak .. adoii .. penat .. Banyak lagi marks paper aku yang aku dah tahu .. tapi , ta nak la menconteng arang di muka sendiri .. hua3

-Kesihatan ? ohh .. minggu ni adalah minggu sakit pertama untuk aku buat tahun 2011 ni .. memang tak menyenangkan .. batuk , selsema ( aku benci ) , demam , ****** ( hanya tuhan saja yang tahu ) .. Senang cerita , aku tak suka sakit - sakit .. menyusahkan .. terutamanya bila kita ada nak lakukan apa-apa aktiviti .. :L

-and last , kesakitan yang memberikan kesan kepada organ dalaman (semangat , batin) .. Semenjak-dua menjak nie (kesilapan tatabahasa) , keadaan hubungan antara sepasang suami isteri ni , agak dingin sedikit kerana ***** ( mana hampa semua boleh tahu ) rahsia taw ! .. huhu .. tapi InsyaAllah , semuanya akan kembali pulih .. doakan kami ok ! :)

Jadi , itu lah sebahagian daripada apa yang boleh aku singkatkan dengan apa yang dah jadi selama seminggu ni .. Sebenarnya banyak lagi yang berlaku .., tapi aku ni je tak ingat .. ish3 .. hehe ..Papepun , ada satu je jalan mudah yang boleh aku guna kat sini .. iaitu SABAR ! Sabar dengan semuanya kerana semua ini hanya buat sementara .. Life must be go on bro ! Korang pun kena banyak bersabar kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar ..

Mungkin itu je kot buat masa sekarang .. eden pun dah penat menaip ni .. hehe .. InsyaAllah , kalau aku free lagi , aku akan update belog ni ok ? .. ok guys .. lets go !


JOM LUMBA ! HAK3

Assalamualaikum ! :)

Saturday, 19 March 2011

Tempat Menimba Ilmu - Sekolah Kembali ! Chaiyokk ! :)



Assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera .. Hye there again .. :)


AMARAN! entry ini tidak sesuai bagi golongan yang mudah tersentuh dan mudah sentap .. tidak percaya , BERANI BACA , BERANI SENTAP . :P


SMK Ismail Petra , im coming !

Sekolah - tempat kita semua menimba ilmu .. tak kira apa pun perkara tu .. kita tetap kena belajar dan faham semuanya . Tapi bagi aku , tak semuanya aku boleh ingat dan faham .. aku percaya dan yakin bahawa kadang-kadang kita pernah terasa bosan dan putus asa bila tak dapat faham sesuatu perkara ..

Tapi , bagi aku , sekolah ni best sangat2 sebab kat sekolah , kita dapat belajar something yang baru setiap hari .. walaupun susah nak faham , tapi itu la yang kita belajar tiap2 hari .. kita belajar untuk lebih bersabar , kuatkan semangat lagi , dan tidak mudah putus asa .. tapi bagi some people , mesti ada je alasan untuk cakap sekolah tak best .. Jadi , selama 9 tahun aku bergelar sebagai 'student' , berikut adalah salah satu contoh alasan & 'complain' dari kawan seperjuangan yang biasa melekat kat telinga aku *Zasss ...! layan.... haha :P  :

Alasan & complain terbaik ! (dari ladang kelapa sawit) :

- 'Alaa , sekolah , sekolah , sekolah ! tak de tempat lain lagi ke nak pegi setiap hari ? kalau best , tak pe la jugak .. ni tak , pagi-pagi selalu kena bangun awal .. pegi sekolah pun dalam keadaan ngantuk je .. sampai sekolah , masuk kelas , tgk muka sama je tiap2 ari .. masa cikgu nak masuk mengajar , tgk muka pun dah stress .. ada je nak ditegur & nak dimarahnya .. kerja rumah pun banyak .. bertimbun kat rumah .. macam la aku hidup ni kejenye nak buat homework dia je .. '

Ooo Mak aii !.. memang terbaik la kan?? .. haha .. sebenarnya , tu salah satu petikan yang di petik dalam blog sorang budak tu .. *batuk berdarah .. -,-' .. lol .. just kidding .. TAPI ! , memang tu la yang selalu hinggap kat telingo eden .. sampai batuk berdarah tuuuuu... ish3 .. teruk .. haha .. sambung balik , jangan nak mengarut .. tak baik .. hehe .. jadi , apa korang rasa bila kalau kata-kata tersebut diucapkan oleh kawan korang sendiri ? Copt ! aku tahu .. some people mesti camnie *Zasss.. layann .. haha :P :

Jahat Version :

- Btol la .. aku setuju ngan kau .. jom ponteng.. *muka rilek :|
- Memang ! .. Bosan akuh .. * :P

Suci Version :

-*Hey ! wale wale hei wale hei !* mulut dah la busuk , muka hodoh , otak *astarghfirullah -,-' .. kalau kau tak suka sekolah , pi la jumpa pengetua , mintak surat berhenti sekolah .. senang keje kan ? .. cakap banyak .. gedik -,-'
- Boo! Bolok ! mak bapak kau hantar sekolah nak bagi kau jadi budak pandai , nanti dah besar esok , ta de la susah nak hidup , nak cari makan . *bertumbuk -,-'

Haha .. come on lah kawan-kawan .. memang btol pun apa yang ' SUCI VERSION ' tu cakap .. semuanya untuk kebaikan kita sendiri .. masa depan kita sendiri .. siapa lagi yang akan tentukan cara hidup kita pada masa depan ? .. yeap .. tiada siapa .. kita lah yang bertanggungjawab & akan menentukan hidup kita , our own destiny .. samada sebagai seorang yang berjaya atau tak ..

Jadi , korang fikir2 dan pilih la yang mana satu korang nak :-


 
ATAU



DAN



ATAU


*Gambar hanya sebagai gambaran sahaja .
Jadi , aku yakin 100% bahawa , tiada siapa mahukan kekurangan dan tiada siapa tak mahukan kesenangan .. untuk dapatkan semua tu , adakah kita semua dah usahakan 100% ataupun sedaya upaya kita ? .. sama-sama fikirkan dan renung-renungkan ..

Okey geng ? :)

So, hari ini hari last untuk cuti .. Jadi , mungkin blog aku ni akan menjadi salah satu tempat penginapan bagi 'spiderman'2 yang tak da rumah .. haha .. tapi InsyaAllah , aku akan cuba update blog ni seboleh mungkin .. Apa-apapun , Selamat Kembali ke Sekolah kepada semua Bloggers yang masih bergelar 'budak sekolah' .. hehe .. aku doakan yang terbaik untuk korang .. So , aku nak pi prepare diri untuk menerima result exam awal tahun yang semestinya cam ciput je .. haha .. Jadi , jangan lupa untuk 'like' entry nie ok ! *nak like entry len pun dialu-alukan .. hehe .. Okay la .. Jom Pi Sekolah ! Bismillahirrahmanirrahim ..

Assalamualaikum w.b.t , See ya ! :D









Thursday, 17 March 2011

Battery Empty

Assalamualaikum w.b.t and Happy Good Evening Guys .. :)

First of all , aku minta maaf sangat-sangat sebab ta post something untuk semalam .. budak baru biaselahh .. *alasan yang bleh aku pakai untuk 2-3 hari ni .. haha .. ta de la .. sebenarnya , aku try nak tgk Blogger nie je .. nak test something kat dia ., and aku da dapat jawapan nya .. SULIT ..






Jadi , untuk hari ini : BATTERY EMPTY ? *mesti korang fikir nie ad kaitan ngan barang2/perkakas elektronik kan ?? .. HAA ! salah sama sekali .. na dekat da tu .. tapi tu la .. cakap pun ta guna , tendang pun kena .. haddoi .. haha .. sebenarnya hari ni hari yang penat buat aku sebab *ada la sebab nya .. kuang2 .. hehe .. n kalau na tahu apa yang jadi hari ni kat hamba Allah sorang ni , pi bawah .. hehe

Sebab - sebab hari ini penat :

1- Bangun pagi , 'huwarkk ! sakit blakang eden '*salah tidoq .. pi dapur , ' mana nasi ni ? *aku bermonolog .. 'oh tidakk , aku yang kena masak hari ini .. bangun lewat dah .. adoii ..' *aku bermonolog lagi .. haha .. weih ! banyak la kau monolog .. haha .. sambung crite .. tiba-tiba aku dengar 'CALL OF DUTY' dari belakang rumah .. 'im coming !' *tak monolog dah .. hehe .. then aku pegi la kat blakang rumah , ternampak bapa & abangku sedang membaiki 'kerek a.k.a macam perigi ' yang kitorang wat tahun lepas .. enjin benda tu rosak , (salah satu komponen mesin tu jatuh dalam 'kerek' tu yang penuh ngan ayak ) .. jadi , badan aku yang cukup2 sempurna utk masuk dalam tu la jadi pilihan .. unta -,-' .. jadi , aku masuk la dalam tu .. dalam proses nak btolkan balik mesin tu , macam2 jadi ..  akhirnya , sume kerja selesai . tapi 1/4 battery badan aku dah guna utk sume tu .. tapi berbaloi , sebab pagi2 da wat pahala tolong mak bapak .. Alhamdulillah :)

2- Pukul 11.00 a.m , usus perut ku masih lagi mencuci sisa-sisa makanan yang lepas untuk dijadikan bahan kumbahan .. tapi, mana ganti nya ? .. sabar .. menempuhi dugaanNya ., 'Arih !' , mak aku panggil , 'yeah ! mesti ada makanan utk perutku ini .. *muahaha ! ' *monoloq lagi .. 'Gapo mami ?' *muka suci .. 'Cepat pakai baju , pahtu , panggil Olang ( abgku ) , ikut mami gi skoloh .. gi pase rel langsir kat PSS skoloh meh ' .. 'Okep !' .. dengan muka slumber and control macho , aku pegi la wat apa yang patut .. huwark ! perutku masih lapar .. -,-'



3- Yang nie , malas banyak cakap .. kerja ni paling memenatkan aku .. aku pegi kat skolah tu bukan ngan mak n abang aku je .. tapi 1 family pegi .. kitorang sbnrnya boring duk rumah .. pegi la jalan2 .. hehe .. sampai sekolah , perpustakaan sekolah tu giler tinggi .. tingkat empat wo ! .. tape2 .. exercise sekali sekala .. semase medaki 'gunung' tersebut , ta de pape pun .. *saja wat suspen .. haha .. sampai2 kat atas tu , huwark .. best nya tgk orang kat bawah .. kecik2 , cute2 je semua .. lol .. haha .. masuk PSS tu , aku menjalankan tugasku .. me'ngungkas' almari yang ad untuk pasang rel langsir .. yg aku tak puas hati nya , pegi ramai , tapi aku sorang je yang buat keje .. adoi .. *nampak sangat tak ikhlas .. haha .. tapi ok la .. walaupun urat bahu hampir terputus akibat 'pose'2 aku yang seksi kat atas almari na putar skru kat atas tu .. at last , selesailah semua kerja tu .. n perut ku masih maintain dalam kelaparan .. terbaik ! haha




4- Pukul 6.00 p.m , kitorang dah on the way balik ke rumah kitorang ..' tak tahan .. tak tahan .. sabarku tak tertahan , melayan sikapmu perawan ' *perutku menyanyi .. 'ok2 ! sabar bro .. aku pasti mesti ada something untuk hang satgi ..' *aku bermonolog ? ye kot .. haha .. sepandai-pandai tupai melompat , akhirnya jatuh ke tanah juga * takda kaitan , bapa ku memutarkan 'stering' keretanya ke kiri  , KBMALL ! .. tak ku sangka , tak ku duga .. hehe .. seperti yang dijangka , kitorang dibawanya ke medan selera untuk menikmati makanan yang ada kat sana .. aku masih dengan 'yee mee' aku ., haha .. adik-beradik aku yang len2 , makan makanan yang diorang suka .. nth apa nama .. huhu .. akhirnya , perutku telah berjaya diisi setelah seharian mencari makanan .. pergh .. terbaik dari ladang la .. tapi kan , aku pelik la .. kenapa kalau kita lapar , bukan main sengsara rasa nya , tapi bila da ad makanan kat depan mata , cam da kenyang plak .. huhu .. tapi ape-ape pun , hari ini , mmg penuh ngan dugaan and gelak tawa ..


Konklusinya , hanya satu saja yang dapat aku ungkapkan dalam kisah hari ini , apa-apa pun yang terjadi , kita ada semua jalan penyelesaiannya , tapi apa yang menjadi kunci untuk jalan penyelesaian itu ialah sabar .. macam kita belajar kat sekolah la , subjek Add Math ke , Math Mode ke , ape2 je la .. walaupun kita tak dapat jawapan yang betul , kita cuba tenang buat seketika and cuba cari lagi apa jawapannya .. usaha dan tawakal adalah apa yang paling dalam hidup kita .. Okey geng ? :D

Jadi , tu la sahaja untuk hari ini .. mintak maaf kalau ad salah n silap dalam sepanjang entry ni , terkasar bahasa ke , ape2 je lah .. InsyaAllah esok kita buat bising lagi kat Blog ni .. hehe ..


Assalamualaikum w.b.t  dan selamat sejahtera :)


tekan jika kamu LIKE !