Friday, 25 March 2011

Sakit ...

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Sejahtera !

Sepertimana yang aku cakap dalam entry yang lepas , memang terbukti belog ni dah jadi penuh ngan sawang labah-labah . Nie la yang jadi bila tak sempat and tak pandai nak uruskan belog .. urggh .. "SAKIT !" - tu la tajuk bagi entry yang latest nie -,-

Orang cakap , sakit ni penghapus dosa-dosa kecik , btoi ka ? .. ada orang lain cakap , sakit ni ubat .. btoi ka ? .. Tapi , bukan sakit tu yang aku nak crita kat sini .. Sebenarnya , minggu nie banyak peristiwa-peristiwa yang boleh dianggap 'sakit' bagi aku .. kalau korang nak taw lebih lanjut , scroll la mouse korang kat bawah ckit .. hehe . .tapi kalau ta nak taw , boleh la tekan button close kat atas tu .. :|

Korang tak tekan ? Bagus ! Jom ikut sini :)

-Bermulanya hari Ahad & Isnin baru-baru ni , aku dapat tahu tentang beberapa markah bagi kertas exam yang dah aku tempuhi .. Markah papers aku cam ape la .. teruk tahap JB *tiba2 :D .. Add Math aku dapat G korang taw ? tak taw ? .. tu aku dah bagitau .. haha .. tapi serius , aku sepatutnya lakukan sesuatu untuk pastikan yang semua ni takkan berlaku lagi dan aku kena buktikan dalam exam pertengahan tahun pulak .. adoii .. penat .. Banyak lagi marks paper aku yang aku dah tahu .. tapi , ta nak la menconteng arang di muka sendiri .. hua3

-Kesihatan ? ohh .. minggu ni adalah minggu sakit pertama untuk aku buat tahun 2011 ni .. memang tak menyenangkan .. batuk , selsema ( aku benci ) , demam , ****** ( hanya tuhan saja yang tahu ) .. Senang cerita , aku tak suka sakit - sakit .. menyusahkan .. terutamanya bila kita ada nak lakukan apa-apa aktiviti .. :L

-and last , kesakitan yang memberikan kesan kepada organ dalaman (semangat , batin) .. Semenjak-dua menjak nie (kesilapan tatabahasa) , keadaan hubungan antara sepasang suami isteri ni , agak dingin sedikit kerana ***** ( mana hampa semua boleh tahu ) rahsia taw ! .. huhu .. tapi InsyaAllah , semuanya akan kembali pulih .. doakan kami ok ! :)

Jadi , itu lah sebahagian daripada apa yang boleh aku singkatkan dengan apa yang dah jadi selama seminggu ni .. Sebenarnya banyak lagi yang berlaku .., tapi aku ni je tak ingat .. ish3 .. hehe ..Papepun , ada satu je jalan mudah yang boleh aku guna kat sini .. iaitu SABAR ! Sabar dengan semuanya kerana semua ini hanya buat sementara .. Life must be go on bro ! Korang pun kena banyak bersabar kerana Allah sentiasa bersama orang yang sabar ..

Mungkin itu je kot buat masa sekarang .. eden pun dah penat menaip ni .. hehe .. InsyaAllah , kalau aku free lagi , aku akan update belog ni ok ? .. ok guys .. lets go !


JOM LUMBA ! HAK3

Assalamualaikum ! :)

No comments:

Post a Comment