Friday, 27 May 2011

Jam Cuti Blogger Berjaya Tanah Runtuh

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada anda semua . :)

Hari ni , aku tak tahu kenapa aku rasa rajin je nak update blog . MUNGKIN , sebab cuti yang diberi selama dua minggu , maksud aku 2 MINGGU ! . Huwark , aku tak tahu nak buat apa untuk habiskan masa selama dua minggu ! .. Untuk hari pertama cuti ni , sangat - sangat teruk ., korang tahu ? , malam jumaat hari tu , aku tidoq lewat .. then esok nya bangun la lewat jugak .. *alaa , rilek la.. cuti ni ! * ..  Rilek , rilek jugak .. tapi kalau dah bangun pukul 1 tengah hari nak rilek lagi ka ?.. Bangun-bangun , rasa sakit-sakit badan , kepala tak yah cakap - pening tahap gaban ! .. tapi terpaksa la bangunkan diri sebab kalut nak siap-siap pegi solat Jumaat

On the way nak pergi sembahyang pun masih ngantuk lagi .. aku pun tak tahu kenapa jadi gitu .. haha .. tapi Alhamdulillah.. sembahyang Jumaat berlangsung dengan aman .. Balik-balik , lapar ! adoyai .. Pandai-pandai la masak sendiri .. MALAIH punya pasal , makan maggi la aku ... -,-' .. Seharian berlalu dengan penat + ngantuk + berat tulang . kena belajaq halang benda tu daripada jadi balik .. chaiyok ! Haha .. harap - harap hari - hari lain akan belalu dengan lebih baik . :)

Untuk menjadikan hari-hari cuti ni berlangsung dengan baik + happy , aku dah plan beberapa 'event' untuk dilakukan . First , yang terdekat , hari rabu ni bersamaan 1 July 2011 , secara rasminya aku akan pegi ke sekolah untuk latihan puisi dan lagu untuk prepare diri & menjalani latihan bersama kumpulan . Tapi , aku sebagai bekas budak nakal tahun 2010 , dah plan ngan beberapa orang kawan aku untuk meluangkan masa kat Gegey Studio untuk jamming session n release tension .. And harap akan banyak lagi masa untuk aku bersuka-suka dalam cuti nie selain daripada mengadap komputer seharian *haha .. Harap semua berjalan dengan lancar . :)


And last , untuk menjadi seorang Blogger yang berjaya , takkan ku lupa untuk cuba menyiapkan Holiday Assignment yang semuanya comel-comel dan chubby-chubby semuanye .. -,-' .. n aku juga sedang dalam proses untuk lebih rajin untuk update blog nie .. *ada peningkatan kan ? *ching ! :) .. Haha

Jadi , sampai disini la kisah aku untuk hari ini .. InsyaAllah esok hari aku update & share lagi kisah-kisah aku - 'Life as a Boy' .. Haha .. Sebelum tu , aku amik kesempatan ni utk ucapkan takziah kepada keluarga-keluarga mangsa tanah runtuh yang berlaku di Hulu Langat pada 21 Mei 2011 .. diharap bersabar dan menerima ketentuan ilahi serta mengharungi dugaannya dengan tabah .. Al-fatihah kepada mangsa - mangsa kejadian .. semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman . InsyaAllah .. Jadi mungkin untuk korang nak tengok lebih detail , mungkin link Tanah Runtuh Hulu Langat ni dapat memberikan lebih maklumat pada korang

Aku minta maaf sekiranya ada terkasar @ tersilap bahasa , atau melukakan hati sesiapa kerana aku hanya insan biasa yang tidak dapat lari daripada membuat silap .. Jadi , aku minta diri dulu . Bye2 ! lain masa free , aku update lagi :)


Assalamualaikum ! :)

No comments:

Post a Comment