Wednesday, 25 May 2011

tu la .. nak main sangat !

Assalamualaikum w.b.t !

Woa ! haha .. apa khabar semua ? .. first of all, selamat sejahtera che ucapkan kepada semua bloggers yang follow che punya blog ., thanks ! :D

Haddoi , cuba hampa semua tengok tajuk entry ni .. mesti hampa syak benda-benda pelik kan ? haha .. sebenarnya , takda pape pun .. ni pasal aku jek .. 'TU LA .. NAK MAIN SANGAT !'  .. tajuk yang cam damn tapi aku jugak yang buat .. lol .. jadi , aku just nak mintak maaf sebab dah lama tinggal blog sampai jadi banyak sesawang labah-labah da.. Actually *amboi cakap mat saleh* , aku BUSY jek selama ni .. kalau nak online facebook , youtube tu kira ok lagi sempat masa sebab kejap je .. tapi kalau nak tulis karangan BM dalam blog ni , agak susah la .. so , sekali lagi , che mintak maaf ! *harap maaf diterima .. :)

Ok , selama aku tak update blog ni .. TERLALU BANYAK perkara yang jadi dalam hidup aku .. yang latest , MID-YEAR punya exam ! woah ! aku tak tahu nak kata apa tentang exam kali ni .. aku just jawab je ape yang patut .. buat masa sekarang , yang aku target nye bukan A+ atau A- , tapi aku just tak nak ada paper yang aku FAIL a.k.a GAGAL .. itu dah cukup baik untuk aku .. Resultnye , insyaAllah aku akan update kat sini .. -,-'

Selain itu *cam karangan BM je* , seperti yang hampa semua tahu , baru-baru ni aku ada la menyertai pertandingan puisi dan lagu bagi mewakili sekolah untuk bertanding di peringkat PPD Kota Bharu yang telah berlangsung di SMK Kota . Alhamdulillah , SMK Ismail Petra telah berjaya menjadi johan dan memenangi anugerah Puisi Terbaik seterusnya dipilih untuk mewakili PPD Kota Bharu untuk bertanding dalam peringkat negeri . Pertandingan untuk peringkat negeri ini pula berlangsung di SMK Pangkal Meleret, Machang .Terdapat dalam 10 buah kumpulan la yang bertanding hari tu .. Alhamdulillah juga , setelah sekian lama kita orang practise , berkat doa dan usaha kita semua juga , kita sekali lagi telah berjaya menjadi Johan dan memenangi beberapa anugerah dalam kategori yang lain seperti Pendeklamator Terbaik & Muzik Terbaik. Dengan rasa hormat dan berbesar hatinya , kami akan mewakili negeri Kelantan untuk ke Sibu,Sarawak bagi Pertandingan Puisi & Lagu Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung pada 14/06/2011.Doakan keselamatan dan kejayaan kami.. maksud aku , kejayaan kita bersama .. InsyaAllah ! :)

Jadi , itu je kot buat masa sekarang *malaih nak recall ! haha .. sekali lagi aku nak minta maaf atas semua silap salah yang buat korang tak selesa samada aku perasan atau tak sengaja .. sorry jugak sebab busy sampai tak hingatt nak urus blog ni .. doakan aku supaya aku dapat balancekan semua .. haha ..Once again , sorry .. *saja nak tulih , bukan style pon .. :)


*comel ta ? :D .. aku edit sendiri taw ! hehe i love you forever !

Assalamualaikum & selamat sejahtera , see ya !

RIFHAN HARIZ

No comments:

Post a Comment